Malu nak jumpa orang sebab banyak sangat jerawat dekat muka. Dah cuba macam-macam cara, tapi makin teruk pula. Jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tips menarik untuk anda.

Anda tidak perlu berbelanja banyak kerana tips yang akan kami kongsikan ini adalah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati serta murah. Anda boleh dapatkan terus dari dapur rumah anda. Anda juga tidak perlu risau akan kesan buruk kerana bahan-bahan yang akan digunakan pastinya selamat.

Cara Hilangkan Jerawat Menggunakan Ais

Ais adalah satu bahan yang sangat mudah didapati. Anda boleh buat sendiri atau boleh terus beli di kedai. Tetapi untuk lebih selamat dan berkesan, ais yang digunakan perlulah dibuat dari air yang sudah direbus. Jadi seeloknya anda buat sendiri ais di rumah.

Sebenarnya ais adalah salah satu bahan semulajadi yang bagus untuk kulit wajah. Antara punca liang pori tersumbat adalah kerana adanya sisa-sisa kotoran atau sel kulit mati yang tidak dicuci dengan bersih. Jadi ais mampu membantu mengecutkan liang-liang pori di wajah, seterusnya mengurangkan jangkitan bakteria punca jerawat di wajah anda.

cara-hilangkan-jerawat-5

Untuk hilangkan jerawat di wajah, ambil sehelai kain bersih dan letakkan beberapa ketul ais. Kemudian tekankan dengan lembut dan perlahan kain tersebut pada wajah anda. Biarkan selama beberapa minit dan ulang proses yang sama di seluruh wajah atau pada bahagian jangkitan. Pastikan anda tidak menekan ais dengan terlalu kuat kerana ianya mampu melukakan kulit wajah anda dan menyebabkan jangkitan kuman berlaku.

Petua Hilangkan Jerawat Menggunakan Lemon

Walaupun tidak ramai yang menggemari lemon kerana rasanya yang agak masam, tetapi lemon ternyata mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya. Lemon adalah kaya dengan vitamin c dan antioksiden yang baik untuk kesihatan. Antara manfaat buah lemon dari segi kesihatan adalah ianya mampu membantu melawan kanser, menurunkan berat badan serta meningkatkan sistem imun dalam badan.

Bagaimana pula dari segi kecantikan? Buah lemon terbukti mampu mencerahkan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam serta menghilangkan jerawat di wajah. Namun, bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif terhadap air perasan lemon seeloknya tidak menggunakan bahan ini.

Bagi yang tiada masalah alergik dan sebagainya, anda boleh gunakan bahan ini untuk membantu menghilangkan jerawat di wajah. Caranya ialah dengan mengambil air perahan lemon lalu diletakkan di dalam mangkuk. Kemudian rendamkan kapas muka di dalam air perasan tadi dan perah airnya. Seterusnya letakkan kapas tadi pada kulit yang berjerawat dan biarkan selama 10 minit. Akhir sekali, bilas wajah anda dengan air dan lap dengan menggunakan tuala bersih sehingga kering.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Madu Dan Serbuk Kayu Manis

Madu dan kayu manis bukan sahaja digunakan sebagai bahan makanan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai bahan rawatan kulit wajah. Madu adalah antara salah satu bahan semulajadi yang biasa digunakan untuk melembapkan kulit serta menghilangkan jerawat di wajah. Hal ini kerana madu mampu membunuh dan menghalang perkembangan bakteria penyebab jerawat.

Kayu manis juga bersifat anti bakteria seperti madu. Ianya dapat membantu mengecilkan liang pori di wajah, seterusnya menghaluskan kulit wajah anda. Kayu manis juga telah terbukti mampu menyembuhkan luka serta melambatkan proses penuaan wajah.

cara-hilangkan-jerawat-3

Cara untuk menghilangkan jerawat menggunakan dua bahan ini adalah dengan mencampurkan madu dan kayu manis sehingga menjadi pes. Kemudian sapukan pes tersebut pada wajah anda. Pastikan anda bersihkan wajah anda dahulu. Seterusnya biarkan selama satu malam. Bersihkan wajah anda keesokannya adan lihat sendiri perbezaan pada kulit wajah anda.

Hilangkan Jerawat Menggunakan Tomato

Tomato adalah antara salah satu buah yang menjadi kegemaran kerana khasiat serta rasanya yang enak.  Buah tomato ini mengandungi likopena yang mampu mencegah kanser serta penyakit jantung dan strok.

Selain berkhasiat untuk kesihatan tubuh, ianya juga berguna untuk kecantikan. Antara kebaikan buah tomato dari segi kecantikan adalah ianya mampu menyejukkan serta melicinkan kulit wajah anda.

cara-hilangkan-jerawat-4

Untuk menghilangkan jerawat menggunakan tomato, ambil sebiji tomato dan lenyekkannya. Kemudian sapu pada seluruh wajah. Biarkan selama 30 – 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Seeloknya lakukan ini dua kali seminggu.

Hilangkan Jerawat Menggunakan Putih Telur Dan Timun

Putih telur mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang boleh membantu menghalang pertumbuhan jerawat pada kulit wajah. Antara yang terkandung di dalam putih telur adalah zat besi, kalsium, serta asid folik. Selain dapat membantu menghilangkan jerawat, putih telur juga mampu melembapkan, menghaluskan, serta mencerahkan kulit wajah anda.

Timun pula mengandungi vitamin A yang dapat melindungi kulit dari jangkitan. Selain vitamin A, timun juga mengandungi vitamin B1 dan C, potassium, serta biotin yang membantu memelihara kulit agar kekal sihat.

Anda boleh menggunakan dua bahan ini sebagai masker wajah yang dapat membantu menghilangkan jerawat di wajah anda. Langkah pertama yang perlu anda buat adalah dengan mencampurkan putih telur bersama timun yang telah diparut. Kemudian sapu campuran tadi ke seluruh wajah dan jadikan ia sebagai masker. Tunggu sehingga kering dan akhir sekali bilas dengan menggunakan air bersih.

cara-hilangkan-jerawat-6

 

 

 

 

 

 

 

Categories: Jerawat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *